|
Bertolak daripada hakikat itu bukti penemuan oleh sejarawan tempatan telah memperjelaskan semula idea seorang orientalis tersebut. Misalnya dalam peristiwa perjuangan dan mujahid ulung Tok Janggut dari Kelantan, sebenarnya telah dicap oleh sejarawan penjajah sebagai “penderhaka” kerana kejayaannya mempengaruhi rakyat di Pasir Puteh supaya tidak membayar cukai kepada kerajaan penjajah Inggeris. Sedangkan hakikat tersebut tidak diulas kenapa dan faktor apa Tok Janggut bertindak demikian.
Sebenarnya peristiwa Tok Janggut itu berlaku adalah dipengaruhi
langsung oleh semangat jihad bersama-sama anak buahnya ekoran daripada
peristiwa British telah pada masa yang sama telah memerangi
kerja islam Uthmaniah di Turki. Maka British itu jugalah yang berupa Inggeris
yang menjajah Kelantan mulai tahun 1909 melalui perjanjian Bangkok (Kompromi
dengan kuasa Budha). Inilah salah satu bukti kerenah orientalis yang telah
berjaya memalingkan fahaman sebenar umat islam dalam konteks peranan golongan
ulamak didalam perjuangan menaikan mertabat umat dan mendaulatkan perintah
Allah.
|
PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 hasil daripada persetujuan alim ulama’ yang berlaku di Bangunan Kelab Melayu Bagan Butterwort. Cadangan asal pembukaan PAS adalah atas nama Persatuan Ulama’ se Malaysia tetapi dipersetujui kemudian atas nama Persatuan Islam Se-Malaysia yang kemudiannya bertukar kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1971.
Latar belakang kepada penggerak tertubuhnya PAS asalnya adalah
alim ulama’ yang menyertai cabang ulama’ dalam UMNO yang ditubuhkan pada
Mei 1946 yang juga sebahagian besar mereka adalah lepasan pengajian Madrasah
Ihya al-Syarif Gong Semanggol. Kebanyakan mereka itu juga bertindak duduk
dalam UMNO bukan kerana setuju dengan dasar UMNO tetapi sebagai “escapisme”
ekoran daripada langkah penjajah Inggeris yang dengar nasihat Onn Jaafar
supaya menangkap Pimpinan dan bubarkan Hibalmuslimin pada tahun 1948.
|
|
Sebenarnya misi perjuangan PAS yang bertolak daripada fatwa aqidah
tak akan berlaku sekiranya tanpa pengetahuan ulama’ didalam PAS,
jesteru itu meskipun apa sahaj gelora melanda dalaman PAS, tetap tidak
lari daripada dasar asal iaitu perjuangan dakwah dan politik islam.
|
Jesteru itu, kematangan PAS Kelantan makin terserlah tatkala keputusan PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada 1 Januari 1973 di Kelantan. Pendekatan berkerajaan pada masa itu adalah dengan ijma’. Dewan ulama’ PAS pusat yang diketuai Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Asas kukuh penyertaan itu adalah menyahut waqi negara pada masa itu yang ingin melihat sama umat Islam bersatu-padu berikutan pengajaran daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Demikian lagi, pendekatan PAS terhadap UMNO terus berubah berikutan dengan kerjasama politik dengan UMNO melalui Barisan Nasional pada pilihanraya 1974 . PAS masa itu telah bersetuju bertanding atas simbol “dacing”. Ekoran daripada itu PAS mula mengalami gerakan perpecahan dalaman dan beberapa ulama’ PAS telah mula menjauhi diri. Pada masa itu Ketua Dewan Ulama’ PAS Kelantan adalah Tuan Hj. Che Muda Hj. Yusoff. Daripada situlah golongan “ Ulama’ yang tidak mahu” mengikut ijtihad kepimpinan pada masa itu telah berkompromi dengan beberapa pimpinan lari menubuh pakatan Bebas Bersatu yang diketuai oleh Ahmad Fakharudin Rahimahullah.
Sehinggalah PAS menghadapi gelora maha hebat pada masa itu ekoran isu dalaman yang telah merenggangkan pengaruh Mohs Asri dengan Muhamad Nasir selaku Menteri Besar Kelantan. Perpecahan dalaman pun berlaku pada masa itu, dan ulamak tidak nampak peranan besar dalam mengubah suasana, sementelah pula Ketua UIamak PAS Kelantan sendiri pada masa itu Ustaz Muhamad Che Wook, telah menyertai Berjasa , parti baru bagi Muhamad Nasir yang ditubuhkan menjelang pilihan raya umum 1978, selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS dimagerankan.
Pengaruh ulama’ PAS seterusnya menonjolkan sejarah gemilang PAS pada Ogos 1981, tatkala usul Muktamar Tahunan telah meluluskan kajian Dewan Ulamak Pusat (diketuai Tuan Guru Hj Nik Abdul Azizi) berhubung dengan syarat-syarat kepimpinan dan calon PAS. Ledakan daripada itu, PAS menghadapi pilihan raya umum 1982 dengan gelora dalaman, khususnya bagi PAS di Kelantan. Akibatnya PAS hanya menang 10 kerusi Dun dan dua parlimen, iaitu Pengkalan Chepa yang diwakili Tuan Guru Hj Nik Adul Aziz dan Bachok diwakili Hj Mohd Zain Abdullah.
Walau bagaimanapun kesan daripada kajian ulamak tadi dengan misi mengamalkan kepimpinan ulamak dalam PAS ia telah ditentang oleh Hj Mohd Asri, yang memaksanya meletak jawatan. Selepas pilihan raya isu terus hangat, maka seramai 13 pimpinan PAS (sebahagian besarnya berasal dari Kelantan) telah bertindak keluar PAS dan menubuh Hizbul Muslimin (Hamim) menjelang pilihan raya tahun 1986. Seramai 5 Adun dan seorang ahli parlimen (dari Bachok) telah ikut bersama Mohd Asri. Oleh itu, PAS Kelantan dan Dewan Ulamak Pusat terus di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz.
Meneruskan perjuangan PAS, pendekatan kepimpinan ulamak yang diamalkan terus subur dan mampu meraih sokongan rakyat. Pada masa itu, Dewan Ulamak PAS Kelantan adalah Tuan Guru Hj Zakaria Ismail. Lantaran itu, PAS Kelantan terus menghadapi cabaran dengan isu besar juga berlaku pada masa itu, berikutan dengan ada bayangan ramai terpikat dengan UMNO dan termasuk juga beberap kepimpinan PAS peringkat pertengahan menyertai UMNO selepas kekalahan tahun 1978, maka Dewan Ulamak Kelantan telah mengeluarkan hasil kajiannya berhubungan kedudukan orang UMNO (seperti mana mesyuaratnya pada 30 Ogos 1981). Kepada pemerhati politik, pandangan ulamak PAS Kelantan itu sebagai senjata akhir menghadapi pilihan raya 1982 bagi membendung umat Islam yakin dan menyokong UMNO serta sebagai garis panduan untuk pimpinan PAS merangka pendekatan menguasai masyarakat bagi menghadapi pilihan raya umum.
Keterlibatan pandangan dewan ulamak PAS Kelantan semakin terserlah tatkala PAS dipimpin oleh Ustaz Yusoff al-Rawa, perintis kepimpinan ulamak. Di antaranya ialah persetujuan mengadakan kerjasama dengan parti-parti pembangkang Muslim dalam pilihan raya 1986 diikuti dengan persetujuan menubuhkan cabang kegiatan PAS di kalangan orang Cina menerusi Majlis Perunding Orang Cina (CCC). Perkembangan itu terus mematangkan kepimpinan ulamak berikut di bawah Presidennya Ustaz Fadhil Mohd Nor. Pada masa itu, Dewan Ulamak PAS Pusat masih diketuai Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz.
Namun apa yang menarik lagi dalam meneliti cabaran dan peranan
kepimpinan ulamak PAS adalah nilai kritis politik “tok guru” di dalam menerima
bekas musuh PAS bersama-sama parti-parti Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan)
menghadapi pilihan raya umum 1990; pilihan raya yang memberi mandat baru
kepada PAS memerintah Kelantan bersama Angkatan. Ledakan itu, merupakan
suatu revolusi dalam kepimpinan PAS, lantaran terdapat beberapa kerat anggota
Dewan Ulamak PAS (yang kini tinggal nostalgia sahaja) membangkang cadangan
PAS Pusat berbaik dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang kecewa akibat kekalahan
bertanding jawatan Presiden UMNO tahun 1987. Pada masa itu, UMNO telah
pecah dengan izin Allah kesan berkat kepimpinan ulamak PAS yang sering
mengarahkan majlis dan ahli PAS membacakan doa wehdah dan qunut nazilah.
Kekuatan musuh telah pecah di lautan China Selatan, anak kapal dihanyut
ombak, terpinggir di tepian perahu PAS, lalu ditumpangi dan membantu PAS
mengayuh perahu ke destinasi. Tahun 1990, musim pilihan raya umum, destinasi
usaha PAS menawan negeri Kelantan terc apai dan dimakbul Allah bersama
Angkatan. PAS menang 25 kerusi dan 14 kerusi dimenangi Angkatan (calon
parti Tengku Razaleigh), sapu bersih, UMNO kecundang tanpa kubur dan nesan.
Rahsia apa ulamak PAS “boleh” terima musuh lama PAS mengayuh perahun
bersama dan memerintah negeri bersama selama 6 tahun. Tidak lain adalah
dek amanah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan,
Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz menerusi sebaran jabatan Penerangan PAS Negeri
Kelantan bertarikh 3 Julai 1989. Kandungannya adalah mengajak kepimpinan
PAS bulat menerima parti tengku Razaleigh selaku regu untuk menjatuh musuh
lama PAS, iaitu UMNO atas nama perpaduan ummah seperti mana yang dibuktikan
dalam pilihan raya kecil Bukit Tuku pada 24 Jun 1989.
|
Sekian, wassalam.
Disedia oleh;
Wan Nik Bin Wan Yussof,
Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.
26 November 1997.
(Untuk pertimbangan dan kemaskini Dewan Ulama’ PAS Kelantan)