Make your own free website on Tripod.com
Renungan
Dasar Sekular Adalah Racun Kepada Aqidah Islamiah

 Perkataan sekular  kini  sering diperkatakan di kalangan masyarakat umum. Perkataan ini menjadi popular dan menjadi bahan kritikan di kalangan aktivis muda Islam sejak awal tahun1970-an.

 Perkataan sekular (dalam bahasa Inggeris, SAEC(U)LAR), yang asalnya adalah daripada perkataan Latin (disebut Seculum) yang bermakna "Kini dan Sini". Sekularisme (secularisme) adalah suatu fahaman yang bermaksud program menjauhkan agama daripada soal-soal  hala tuju hidup, pendidikan peraturan merujuk kepada sejarah perjuangan bangsa Eropah, memberontak terhadap kekuasaan Gereja Katholik di Rom pada abad  pertengahan setelah berlaku keruntuhan empayar Rom sekitar abad ke-5 Masehi, pihak "Vatican City" di Rom mengambil kesempatan mengisytiharkan bahawa pemimpin mereka, St. Peter sebenarnya telah mewarisi seluruh kepimpinan daripada "Jesus" dengan mengambil gelaran  Pope atau bapa. Beliau telah menurunkan kuasanya di bidang politik kepada salah seorang raja Eropah yang digelarkan sebagai "Maharaja Suci Rom".

    Bermula daripada situ,  seluruh bangsa Eropah terkongkong di bawah kekuasaan Gereja "Vatican City" di Rom. Sementera itu Pope pula menekankan ajaran  Dogma Kristian  yang bercanggah dengan perkembagan ilmu  dan sains di  Eropah. Sebaliknya, bangsa Eropah mulai membuka minda mereka, apabila menyaksikan tamaddun Islam di Cardoba, Sepanyol.

 Akibatnya, bangsa Eropah mulai tidak menghormati kuasa agama, lantas mencetuskan revolusi kebudayaan dan pembaharuan (Ranaissance) yang berasaskan ilmu falsafah dan sains pada abad  ke-15 Masihi.

 Melalui revolusi ini,  lahirlah fahaman sekularisme, iaitu memisahkan agama daripada kehidupan dunia. Fahaman yang  rohnya  "memerangi" agama, akhirnya  juga turut memerangi Islam, atas dasar ia agama.Walaupun asalnya mendapat inspirasi daripada tamadum Islam, tetapi akhirnya telah  menjadi racun kepada Aqidah Islamiah.